Soalan yang biasa ditanya mengenai tambah atau topup gas

 Soalan Yang Sering ditanya :


Saya nak tambah gas /top-up gas peti sejuk ?

Jawapan : Peti sejuk tidak perlu tambah gas kerana peti sejuk tidak akan habis gas walaupun pakai hampir 10 tahun atau lebih melainkan BOCOR atau sistem gas SUMBAT..Peti ais juga tidak boleh tambah atau top-up gas seperti aircond, Ia perlu melalui proses gas system. Pertama,membuat access valve untuk compressor ini kerana compressor daripada kilang atau manufacture tidak menyediakan access valve atau inlet valve bagi memasukkan valve jadi technician perlu memasang access valve tersebut( Jika ada access valve atau inlet valve peti ais pernah di perbaiki ). Kedua, Proses ‘Flushing’ ia bermaksud dalam kata mudah membersihkan saluran paip peti ais dengan memggunakan chemical cleaner daripada minyak atau benda asing. Ketiga, proses penukaran filter atau penapis gas.Ia perlu ditukar bagi mengelakkan sumbat atau lebihan minyak masuk ke dalam penapisan gas tersebut. Keempat , proses vacuum perlu dibuat bagi membuang udara yang tak perlu sebelum melakukan proses masuk gas dalam masa yang sama bagi mengesan kebocoran paip dan kebocoran paip dalam proses penyambungan paip. Terakhir, barulah proses memasukkan gas memgikut tekanan dan gas yang bersesuaian mengikut spesifikasi peti ais.


Bagaimana berlaku kebocoran atau sumbat?

KEBOCORAN biasanya berlaku di tempat takungan air buangan selepas proses pencairan ais..paip panas yang melalui takungan air tersebut bagi proses penyejatan air yang berada dalam tempat takungan air.. ada yang menggunakan copper jadi lebih tahan dan anti karat, ada juga menggunakan besi. Jika menggunakan besi di tempat takungan lama kelamaan akan berkarat dan terjadinya kebocoran gas. Jika peti ais satu pintu kebiasaan berlaku kebocoran oleh kerana dicucuk di bahagian cooling coil..ingat ye pengguna peti ais 1 pintu jangan cucuk dibahagian cooling coil..minggu ini saja 4 customer yang mencucuk peti sejuk tersebut.


SUMBAT berlaku apabila minyak compressor naik ke bahagian cooling coil yang menyebabkan paip kecik atau capillary tube tersumbat menyebabkan gas jalan tidak lancar. Macam mana mengesan peti ais kita gas sumbat adalah dengan cara melihat cooling coil dibahagian belakang tidak menjadi ais dan gas tidak cantik. Tidak menjadi ais di bahagian cooling coil atau paip sejuk boleh menyebabkan peti ais tidak sejuk dan tidak boleh membeku. Jika berlaku ini harus melalui prose gas sistem seperti berlaku kebocoran harus memalui proses 5 proses seperti diatas

1. Membuat Inlet gas atau kepala gas

2.Proses Flushing

3.Proses Vacuum

4.Proses Penukaran Filter 

5.Proses mengisi gas semula


Bagaimana boleh terjadi sumbat?

Kebiasaanya disebabakan berpindah pindah rumah atau bawa peti ais dalam keadaan baring kebiasaanya ada yang menggunakan kenderaan sendiri bukan lori..tanpa merehatkan peti ais satu hari terus hidupkan peti ais. Ini kerana boleh menyebabkan minyak compressor naik kebahagian cooling coil. Wajib rehatkan atau off dahulu sekurang kurangnya 1 hari sebelum menghidupkan semula selepas pindah rumah. Ada juga sumbat secara tiba-tiba. 


Jika berlaku kebocoran boleh ke saya tampal guna gam uhu atau gam 3 second atau gam2 yang lain?

Jawapan dia tak boleh! Jika berlaku di paip copper perlu di tukar paip dan jika berlaku di kawasan cooling coil atau bahagian paip freezer perlu di tampal menggunakan gam khas.

Jadi jangan tanya untuk topup atau mengisi gas berapa harga? kita harus kenal pasti apa masalah peti ais, selepas dikenal pasti saya akan maklumkan apa kerosakan dan perlu dibuat dan beri sebut harga jika setuju baru saya mulakan proses pembaikan. 






Sekian,

HM electrical services

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PETI SEJUK 1 PINTU TERCUCUK PISAU?? APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN??

APA ITU UNIVERSAL BOARD? KENAPA PERLU TUKAR KE UNIVERSAL BOARD? TAHAN KE? FUNGSI SAMA KE? BANYAK PERSOALAN KAN?