PETI SEJUK 1 PINTU TERCUCUK PISAU?? APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN??

Peti Ais Satu Pintu TERCUCUK??

   Peti sejuk satu pintu gas bocor kebiasaanya berlaku ketika pengguna kurang sabar atau kurang faham bagaimana proses defrost(Pencairan Ais) berlaku. Peti ais satu pintu terlebih frost atau berlakunya ais berlebihan berpunca dari sistem peti sejuk tidak berfungsi dengan baik untuk mencairkan ais. Kebiasaanya pengguna kurang sabar dalam menunggu proses pencairan ais mengambil jalan mudah dengan cara memecahkan ais dengan menggunakan benda tajam seperti pisau,screwdriver,gunting dll. Penampalan semula menggunakan bahan seperti tape,gam gajah,epoxy dan lain -lain tidak akan dapat membantu mengembalikan peti ais kembali baik semula oleh kerana gas peti sejuk telah keluar dan secara tidak langsung mengubah tekanan gas yang sepatutnya.


Apa yang anda perlu lakukan??

-Tindakan pantas yang perlu anda lakukan adalah dengan secepatnya  mematikan atau switch off socket peti ais dan jangan terus menghidupkannya. Contact HM Electrical Sevices 01131068926 secepatnya untuk pembaikan peti ais semula.


Apa yang berlaku jika terus menghidupkan peti sejuk?

- Compressor akan kong/ rosak.

- Peti sejuk tidak dapat diselamatkan.

- Proses pembaikan peti ais akan lebih sukar kerana saluran gas sudah dimasuki air dan minyak compressor akan keluar.


Cara mudah dan selamat untuk proses pencairan ais peti ais satu pintu :

1. Sentiasa menekan butang Defrost yang terletak pada pelaras suhu peti ais yang ada pada setiap peti ais satu pintu yang sekurang-kurangnya sekali seminggu.

2.Mematikan atau Switch off peti ais dan membiarkan peti ais mati untuk semalaman dihidupkan semula keesokan harinya.

3. Penyiraman air panas dikawasan frost.

4. Menggunakan hair dryer.


PERINGATAN!!! ELAKKAN MENGGUNAKAN BENDA TAJAM KE ATAS PERMUKAAN PETI SEJUK 1 PINTU!!


Kesan cucuk setelah ditampal


Pintu depan hendaklah sentiasa ditutup

Proses Sistem Gas


 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Soalan yang biasa ditanya mengenai tambah atau topup gas

APA ITU UNIVERSAL BOARD? KENAPA PERLU TUKAR KE UNIVERSAL BOARD? TAHAN KE? FUNGSI SAMA KE? BANYAK PERSOALAN KAN?