APA ITU UNIVERSAL BOARD? KENAPA PERLU TUKAR KE UNIVERSAL BOARD? TAHAN KE? FUNGSI SAMA KE? BANYAK PERSOALAN KAN?

Universal board adalah board yang dipasang bagi mengantikan PCB board yang sudah ditamatkan pengeluarannya oleh kilang ataupun bagi menjimatkan dan mengurangkan kos repair. 

Mesin Basuh apa yang sesuai menggunakan Universal Board?

  • Mesin basuh yang lama atau yang sudah ditamatkan pengeluaran board.
  • Mesin basuh bukan jenis Inverter.( Ada sesetengah mesin yang boleh tapi harus diubah suai motor atau gearbox)
Mesin Basuh yang tidak sesuai menggunakan Universal Board?
  • Mesin basuh jenis menggunakan sistem Inverter
  • Mesin basuh yang menggunakan gearbox jenis 'slide collar'.(Boleh jika diganti gearbox)
  • Mesin basuh yang menggunakan 3 wayar Drain.( Diubah suai)

Fungsi sama?

Mengenai fungsi basuhan adalah sama mempunyai sistem WASH,DRAIN dan SPIN seperti biasa. Mempunyai jenis basuhan. Boleh juga di set kepada rinse dan spin sahaja atau spin saja. Semua hampir sama cuma kekurangan dia adalah tidak boleh menimbang berat baju bagi menyukat takat air atau water level yang sepatutnya. Kita sendiri perlu set water level terlebih dahulu sebelum menekan 'start' basuhan. Ada juga jenis universal board yang boleh menimbang berat dan menentukan air bergantung pada jenis universal board digunakan.

Jaminan?
Mengikut pengalaman saya sudah lebih 4 tahun, sepanjang saya menggunakan universal board ini jenis ini dan brand ini masih tiada masalah dan aduan dari customer.Masih tiada 'return' yang menyatakan board ini rosak dan tidak tahan.Warranty diberikan 2 Bulan dan jika rosak diganti one to one!


Contoh Universal Board Dari Dalam

Contoh Universal Board Sudah di Tampal


Universal Board Menggunakan LCD Display

Comments

Popular posts from this blog

Soalan yang biasa ditanya mengenai tambah atau topup gas

PETI SEJUK 1 PINTU TERCUCUK PISAU?? APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN??